Tengkiu...Kerana singgah...

Rabu, 1 Jun 2011

Sinopsis...Mengejar Cinta

Cerpen






Dia,Humaira Natasha...Zahirnya nampak sempurna.Ada ibu,ada bapa.Tapi tiada orang tahu,yang dia sentiasa keseorangan.Ditinggalkan sendirian dalam banglo dua tingkat bersama bibik dan pemandunya.Kenapa?Soalan itu yang kerap mengasak mindanya.Dia cumalah remaja yang berusia 17 tahun.Yang memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.Tapi ibu bapanya sibuk.Sibuk dengan urusan duniawi sampai terlupa masih ada manusia lain dalam rumah itu.Dia sedih,tetapi bernasib baik kerana masih ada yang peduli...




Muhammad Irfan...Kedatangannya tidak pernah pun diundang olah Humaira Natasha.Cuma di alu-alukan oleh ibu bapanya atas tiket saudara.
Dia datang ke sini kerana ibu bapanya ada urusan di Australia.Ditinggalkan sementara di bawah jagaan Pak Ciknya.
Jejaka yang mengambil course Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Teknik ini dikategorikan sebagai 'Ustaz' oleh Tasha.Setiap hari bila dia buka saja mata pasti ada nasihat yang diberi.Pada mulanya dia fed-up.Tapi lama-lama menjadi kebiasaan pula.Sehari tak dengar suara macam hilang arah dibuatnya.Terumbang -ambing.




Aqil Zainal...Datangnya sebagai kawan tetapi hatinya membawa kasih.Kasih sebagai seorang abang.Nasib mereka serupa.Ditinggalkan terkontang-kanting oleh ibu bapa.Dia yang lebih tua sentiasa melindungi Tasha.Sampailah suatu hari,berita yang satu ini menjengah telinga.Kedatangan Muhammad Irfan.Dia rasa tergugat dan risau.
Tergugat dan risau kenapa?Sebab...




1.
"Oh Gosh.Qee,you would't believe this."
"Apa yang kecoh-kecoh ni?"
"Mummy and daddy bawak ustaz tinggal kat rumah."


2.
"Assalamualaikum."
"Wassalam."
"Dah subuh?"
"......."




*Saya ni berpenyakit.
Penyakit?
Ya,Penyakit bila da mulakan,tak reti nak stopkan.
Haha,Sebab tu la banyak file yang terbengkalai kat lappy saya ni.
Saya tak janji boleh siapkan cerpen ni.haha..
Tapi insyaAllah,saya akan cuba...


Terima kasih...


Yang benar,
Che'E