Tengkiu...Kerana singgah...

Selasa, 26 Mac 2013

Mengejar Cinta (Part 1)


Natasha Humaira hanya menendang kasut sambil bersandar pada badan kereta Naza Ria yang di pandu Pakcik Amal.Dalam hatinya mengeluh, 'Lambatnya ustaz sorang ni.Dia tak tahu ke panas terik ni?'Tisu dilapkan di dahi apabila sedar peluh merenek disitu.
Pandangan ditebarkan ke sekolah teknik yang terkenal di Johor Bahru ini.Apabila hujung matanya menangkap kelibat seorang manusia cepat-cepat dia masuk dan menutup pintu kereta dengan kuat.Tanda protes.
"Sorry ya,saya lambat."sahut satu suara.Satu senyuman manis juga dilemparkan buat orang di seat belakang.
'Lame.'Hati Natasha menggerutu.Sempat dia menjeling sebelum mukanya dipalingkan ke sisi. "Tak payah la senyum-senyum.Macamlah handsome sangat.Menyampah."Perlahan mulut Natasha mengomel.
Irfan yang mendengar melebarkan senyumannya. "Humaira,I heard that okay.Saya tau saya tak handsome macam lelaki dalam poster dekat bilik awak tu,tapi it's not a crime.Dapat pahala lagi.Senyum itukan sedekah."Senyap.Tiada respon.Irfan menoleh ke belakang.
Patutlah senyap.Membuta rupanya.Keluhan dilepaskan.'Susahnya la umat manusia sorang ni.'Apabila dia berpaling dan matanya bertembung dengan Pakcik Amal,Irfan menghulur segaris senyuman.
Natasha Humaira menghempaskan badannya diatas katil.Penat.Penat dengar tazkirah ustaz yang sorang tu.Asal sikit pahala,asal sikit dosa.Mencemik-cemik muka Natasha Humaira mengejek gaya Irfan.
"Dah tu berapa kali aku cakap jangan panggil aku Humaira,dia panggil juga.Geram betul aq.Grrrrr." Bantal dikepala katil dicampak entah kemana.Nyaris tak jatuh patung kaca zirafah sebelah meja studinya itu.
Bersambung....
Muhammad Irfan

Natasha Humaira



Aqil Zainal