Tengkiu...Kerana singgah...

Isnin, 13 Mei 2013

Mengejar Cinta( Part 2)


"Hey,asal muka macam asam keping jual dekat pasar malam ni?"tegur Aqil atau lebih senang dipanggil Qee menunjal bahu Natasha.
Hish main tunjal-tunjal pulak dia ni.Natasha kalih duduk."Lagi mau tanya ke?"Tangan laju menyumbat Oreo McFlurry ke dalam mulut.Sambil itu mata galak memandang orang yang lalu lalang depan McDonald dekat City Square.
Qee menarik sengih segaris.Dia ingat lagi bila dia dapat SMS sos dari Natasha Humaira minggu lepas.
Bergegas dia mintak half-day daripada bos di tempat stesyen minyak dia kerja tu.
Memang melayang jugak la dia naik motor sebab bawak laju.Semua gara-gara Natasha ajak dia jumpa tempat biasa.
Sampai-sampai saja dia nampak Natasha sedap melayan ABC dekat warung yang terkenal tu.
Bila ditanya apa masalah yang gempar sangat tu,ceritanya begini.
"Oh Gosh,Qee you wouldn't believe this."
"Apa yang kecoh sangat ni?"
"Mummy and Daddy bawak ustaz duduk rumah."
"La,apa yang tak percayanyer?Bagus la tu."Qee balas mendatar.
Dilihat Natasha melemparkan jelingan pada dia."Like hell."Perlahan dia menggumam.
Jeling-jeling,cucuk mata tu baru tau.Ingat dia tak dengar la tu."Penat tau orang berkejar ke sini.Ingat masalah dunia la sangat."Tangan diangkat hendak memesan order.
"Hey Qee,apa ingat ada masalah dunia je ke baru aku boleh jumpa kau?"Nada oarang tu macam dah berjauh hati.
Alahai adik yang sorang ni.Merajuk la pulak.Dan minggu tu memang kopak la poket dia.Sebab insan yang bernama Natasha Humaira ini bila merajuk,car nak pujuknya ialah bagi aiskrim Magnum tu sampai dia rasa dah terpujuk.

Urrrggghhh...Damn.
Natasha Humaira menyumpah dalam hati.Bantal ditekup ke muka.Benci tidurnya diganggu tapi bunyi ketukan di pintu biliknya masih tidak berhenti.Ni mesti kerja dia ni.
Dengan langkah yang malas Natasha membuka pintu.Dan terjengul muka mahluk tuhan yang paling dia menyampah depan tu.Kan dah agak.
"Hurm."Natasha membetulkan chord suara.Tahu pasti suaranya kedengaran serak-serak seksi."Nak apa ni?"
"Assalamualaikum."
"Wasalam."Malas saja dibalasnya salam itu.
"Dah solat subuh?"
Duh,terasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.Dia kejut aku pagi-pagi sebab nak tanya itu je ke?
"Ada soalan lain?"Natasha sudah berura-ura hendak menutup pintu.Sambung tidur lagi bagus.
"Nanti Humaira."Tangan Irfan menahan pintu."Dah seminggu awak buat perangai macam ni.Tahu tak meninggalkan solat tanpa sebab keuzuran itu berdosa besar?"
Bla...Bla...Bla...Dumm...
Pintu dihempas depan muka Irfan tanpa rasa bersalah.Nyaris tak patah hidung mancung orang tu.
Liat.Liat.

Selasa, 26 Mac 2013

Mengejar Cinta (Part 1)


Natasha Humaira hanya menendang kasut sambil bersandar pada badan kereta Naza Ria yang di pandu Pakcik Amal.Dalam hatinya mengeluh, 'Lambatnya ustaz sorang ni.Dia tak tahu ke panas terik ni?'Tisu dilapkan di dahi apabila sedar peluh merenek disitu.
Pandangan ditebarkan ke sekolah teknik yang terkenal di Johor Bahru ini.Apabila hujung matanya menangkap kelibat seorang manusia cepat-cepat dia masuk dan menutup pintu kereta dengan kuat.Tanda protes.
"Sorry ya,saya lambat."sahut satu suara.Satu senyuman manis juga dilemparkan buat orang di seat belakang.
'Lame.'Hati Natasha menggerutu.Sempat dia menjeling sebelum mukanya dipalingkan ke sisi. "Tak payah la senyum-senyum.Macamlah handsome sangat.Menyampah."Perlahan mulut Natasha mengomel.
Irfan yang mendengar melebarkan senyumannya. "Humaira,I heard that okay.Saya tau saya tak handsome macam lelaki dalam poster dekat bilik awak tu,tapi it's not a crime.Dapat pahala lagi.Senyum itukan sedekah."Senyap.Tiada respon.Irfan menoleh ke belakang.
Patutlah senyap.Membuta rupanya.Keluhan dilepaskan.'Susahnya la umat manusia sorang ni.'Apabila dia berpaling dan matanya bertembung dengan Pakcik Amal,Irfan menghulur segaris senyuman.
Natasha Humaira menghempaskan badannya diatas katil.Penat.Penat dengar tazkirah ustaz yang sorang tu.Asal sikit pahala,asal sikit dosa.Mencemik-cemik muka Natasha Humaira mengejek gaya Irfan.
"Dah tu berapa kali aku cakap jangan panggil aku Humaira,dia panggil juga.Geram betul aq.Grrrrr." Bantal dikepala katil dicampak entah kemana.Nyaris tak jatuh patung kaca zirafah sebelah meja studinya itu.
Bersambung....
Muhammad Irfan

Natasha Humaira



Aqil Zainal